Labels

Kuantan life Jalan-jalan Cari Makan career makan-makan in kuantan Japan hada labo health skin care cool vid youtube 100yen shop Cuti-cuti Malaysia cara-cara untuk kurus entertainment funny klinik gigi in kuantan lila wadi photography pre-loved items #fixi #kelabu 2013 5S BBQ STEAMBOAT BUNOHAN Black Canyon Coffee COSMODERM City Times Hotel Crocodile Rock Cafe DIY DSLR Duit Frankie Sandwich Frozen Yogurt in Kuantan Ghibli Studio Hijab Hointer KEKKON SHINAI KL Kerja Klinik Al-Farabi Klinik Pergigian Dr Nazri L LTDL Stage 8 Micro Missha BB Cream Muzium Sultan Abu Bakar Nasi Ayam ObakeZaka PRICELESS Pasar Malam Pekan bandar di-raja Puding Puding Aiskrim QThru Resepi Restoran Kamaruddin Roti Canai Bukit Rangin Souvenir Suiskin Taman Teruntum The Coffee Bean and Tea Leaf Vitamin E cream WWF XL allergic crease aloe allergy aloe vera animal anime art awkward moments awning lembut baking beserah big hand shirt 2012 blood type buah naga carrot cake cream cheese cloud cool photos diet disney dragon fruit dresses eczema emo facebook facial allergy family fast food flashmob frog and fortune fujifilm hidung belang hives hobby hotel murah PD KL Penang Melaka Johor Cameron Highlands Genting Highlands how to wrap your gift instanx mini7 j-drama japan talent jeans johnny's Restaurant Kuantan kahwin kecantikan kelantanese restaurant kesihatan kfc double down kucing love makan best di kuantan mcD samurai beef burger mlm nature new horizon gargen new york skin solution outdoor taman gelora pahang paraben patch test perlabuhan kuantan photog pinterest rare shirt kuantan recipe resdung restaurant haji sharin low review novel sale shopping social website songs sungai lembing taman pertanian thai restaurant topical aloe vera wedding western food wordless wednesday work workout

Friday, 14 June 2013

#93 : Oh mama aku mau kawen!

Assalamualaikum

mengantuk tahap langit ke tujuh dah ni. adoi la. semalam kenot sleep sangat. taktau nape tah. cuak sangat kot hari ni nak jumpar doktor gigi ku, doktor rafiq. ahakss!

semalam boss dari singapore datang melawat kami2 di kuantan ni. the not so good part was, orang lain bz sbb tiba2 ade operation kene jalan that time. tinggal aku sorang utk entertain aka jadi kuli for the whole day. ayoyooooo... pagi2 amik bos kat apartment dia. then amik Singaporean boss yang stayed kat The Zenith Hotel, bawak gi ofis. then tghari pergi amik another Japanese Singaporean boss,  plak just arrived kat airport. terpaksa berpura2 senyum the whole day. penat weh! and lagi satu cuak sbb tau reason diorang datang sini adalah utk re-organize team kitorang yang cinonet nih. jangan la pasni aku kene transfer mana2.. mak tak sanggup nyah ooi!

Tengahari tuh bawak bos2 sekalian makan kat The New Horizons kat Kuantan. Rasenye this is Kelantanese Restaurant kot. ni cawangan in kuantan. makanan adalah sedap. disebabkan ramai boss, aku adalah segan utk amik gambar makanan2 sekalian. nnt bos ingt aku sakit otak, dia pecat aku terus.





Alhamdulillah, bos gembira dengan makanan2 sekalian. hehehe.. mesti la aku gembira sebab aku yang rekemen kedai ni. kalau tak best aku rasa pasni bos da serik suruh aku rekemen kedai. kalau ikut dia nak gi makan kedai western terus. kalau gi Cherating Steak House mmg aku order cheese fondue terus. teringat makan time dinner ngn orang2 Panasonic dulu. wife boss order cheese fondue pastu suruh aku habeskan sbb dia tak larat. sedap gila rasa nak order sepinggan lagi. tu kalau tak reti malu la. tapi time tu still reti malu. 

ok, abes cerita pasal makan. ape mende tah nak cite tadi sebenarnya. 

last 2 weeks, aku semangat nak attend wedding junior masa kat semsas itu hari. so ada satu hari tu jumpa incik bf kat Megamall and kebetulan Parkson ada wat sale cadar2. aku pon semangat la nak cari cadar utk hadiah kawen tuh.... the jumpa la yang berkenan di hati. pastu dah tengok2 cadar tu, lawo la plak kan... rasa nak beli untuk diri sendiri jugak la. ade bertahun2 dah aku tak beli cadar. haha... kedekut ke ape ke taktau la  kategori ape dah nih. dok belek2 cadar tuh... then tanya la kat budak yang jaga kat situ. 

aku : dik, yang ni after discount bape harga? 
budak : errr... yang ni untuk single bed kak. 
aku : ..... (krik krik.. krik krikk.. ) 
budak : akak nak cari yang queen size ker? 
aku : takde lah. mmg nak carik yang single. 
budak : ooo.. yang ni RMXXX (Bape tah dah lupa) 

terus aku blah lepas tu sbb nak tergelak. CHOY budak!! ye la aku tau aku muka macik2 tapi tido katil single lagi apekes. yelaaaaaaa... aku tak kawen lagi tido la katil single dowh! stress aku. terus bayar cadar nak wat present tadi, then blah. terbantut hasrat nak beli cadar lah (for SINGLE BED okeyyhhh), bantal lembut macam hotel lah, ape lah. huh. stress macik. 

then hari ahad pagi tu semangat dah ni nak gi kenduri junior tuh... bkk la FB nak check balik address... eyh2. hari sabtu rupanya kenduri. hahaha.. terlepas sudah. hish! 

makcik betol. 


Okbai. 

Monday, 20 May 2013

#92 : Allergy to Aloe Vera???!!

Assalamualaikum!

Hoi lama gila tak melawat tapak. haha... jap2. sapu semak samun. sawang2. (p/s : kalau sebut sawang mesti ingt kak azie. hahahaha... ) malu je orang tengok rumah bersawang di hari raya. ngehehehe...

Kerja hokey2 saja sejak dua tiga menjak ni. boss asik outstation. so aku jadi boss. weee! ada satu masa tu boss takdop, seniors semua outstations, tinggal aku je and ade plak few operations jalan time tu. GREAT. aku kene jaga sorang2. mmg sangat thrill. kejap2 kene gi site. kejap2 kene gi perlabuhan. rasa weird sbb orang mesti akan pandang2 pelik umpama meminta buku lima aku yang comel ni.  mesti diorang ingt apekes minah ni sesat datang sini. aku da la jenis lack confident. orang pandang2 ni mmg aku terus blah la.

tapi apa pon aku gembira sebenarnya. hahahaha.. sbb at least aku boleh buktikan kat boss aku, walaupon aku pompuan yang nampak macam ayu semacam je, jalan pon kepit2, tapi aku boleh wat kerja sama je macam kaum adam.

okey, back to the main story. hari tu ade kawan aku promote satu produk kecantikan ni. kakakaka.. geli plak sebut kecantikan. hoi! aku nak jadi cantik gak weh! produk ni main ingredient dia adalah ALOE VERA. atau dalam masa melayu nya LIDAH BUAYA. tak kenal jugak??


ni hah. contoh lidah buaya. ngahahahahaha..... ok2. tipu sunat.

okey, ni hah aloe vera (lidah buaya). masa rumah kat ipoh dulu ade pokok ni. masa tu suka patahkan pastu main isi dia tuh. kan dia macam gel gitu kan.....

since pakai hada labo, mmg alhamdulillah ok la... takde major break out semua.. sikit2 ade la. tapi masalahnya muka aku agak berminyak. ekceli dulu time kat jepon pernah check muka kat KANEBO counter, and result from the moisture check machine tu, muka aku bukan berminyak, tapi sebenarnya kering!  kulit kita sebenarnya mmg akan menghasilkan minyak (sebum).

source : wikipedia

Sebum ni macam minyak pelincir la... sebum mmg naturally produce lubricant utk melembapkan kulit.. so bila sebum detect kurang lubricant kat skin surface, sebum akan produce lebih minyak utk melembapkan kulit. pastu kita plak rasa berminyak sgt ni lagi kita tonyoh sabun kasi buang minyak2 tu. sebenarnya soap (sabun) mmg akan buang minyak, mcm tangan kita berminyak la kan. kita amik hand soap nak buang minyak tu. same goes when kita basuh muka. kita pergi buang minyak yang susah payah sebum tu dah produce. and bila hilang minyak tu and sebum detect less minyak ni! kene produce more! and there goes LAGI BANYAK minyak keluar... sbb tu sebaiknya cari yang soap-free cleanser. selain soap based cleanser, ada jgk milk-based  cleanser.  ni takkan berbuih mcm sabun la kan. hehe.. so tenyeh la lama mana, kuat mana pon, tak berbuih punya.

salah satu sbb kulit aku kering adalah kerana aku kurang minum air kot.. nak wat camne. aku mmg tak bape suka minum air. ngahahahahaha.... ok. sbnrnya sbb aku ade masalah hyper-active bladder. so aku mmg toilet freak. kalau jalan jauh mmg aku mengurangkan aktiviti minum air. kalau tak, mau basah kau dalam kereta karang. huhuhuhuhu... sangat lah tidak sehat. skrg tgh berusaha minum byk sket. kat opis minum la at least 1L sehari. kat rumah 1L. minum sket, cari toilet. minum sket, cari toilet. nasib kau lah.... huhu...  tapi minum air sangat penting!!!! ni bukan air pepsi ke, air teh o ais dalam plastik ikat tepi ke, ini air masak! nak lagi hebat, minum air spritzer tu. mineral water.

ish panjang plak lari tajuk. back to the story, aku pon try la aloe vera based product ni.. firstly aku buat facial dulu pakai produk ni.. sbb aku cuak ade side effect. tapi macam aloe vera kot kan. mmg utk healing, cooling, soothing gittew kan. tapi aku wat facial tu pagi, kol 10. siap dalam kol 12. so dalam kol 2,2 petang tu aku dah cuci balik muka, nak solat. and kebetulan masa tu mmg kulit agak merah2, sbb sunburn +  dua tiga hari sblm tu aku ada gatai2 tangan guna soap-based cleanser sket. sket je. betol. padan muka.

and couple weeks after that, aku decide, nak beli produk tu. which is not as cheap as cleanser yang jual kat Guardians tuh.. and aku beli plak, full set. siap masker, scrub bagai. hamik kau. nak cantik sgt. huhu... spent about rm300++ untuk mende2 nih. so balik2 eksaited nak pakai. balik tu tepek2 sana. tepek2 sini.

the next day, aku dah rasa agak itchy... tapi, still abaikan. ingtkan mungkin sbb effect aku pakai soap-based cleanser tu tak abes lagi... so continue pakai aloe vera product. aku mmg agak freak aa masa tu. sbb membayangkan aloe vera itu akan serap masuk dalam kulit... dan akan melembapkan kulit.. pergh. cantik la kau lepas ni nyah!

lepas 2 hari, dari itchy, dah start bloating sket muka. ok. that was the limit. aku dah tau where this will lead to. aku dah pernah jadi camni dulu. immediately stop. kulit dah jadi flaky dah pon time tu. jadi lebih kurang camni.

source : http://www.tuclear.com/2013_05_01_archive.html
Hokey, atas ni bukan gambar aku. mak pompuan nyah ooiii! hehehehe.. aku takmau letak gambar full muka orang, but above photo best described how it looks like. pedih tau!! *nangis2* 

so it makes me wonder. ape yang aku allergic sebenarnya?! sbb yang produk aloe vera tu, yang aku pakai daily is fragrance free. sebelum ni aku ingtkan aku allergic dengan fragrance. tapi bila aku pakai COSMODERM Vitamin E Cream, yang ada fragrance okey je plak. aku ade simpan kotak facial product New York Skin Solution yang aku pakai dulu. yup, i was so stupid terjebak dengan New York Skin Solution (NYSS) nih. pastu aku check balik ingredients dia.. and i found out some of them ade aloe vera jgk... masa terjebak ngn NYSS ni mmg sangat horrible muka aku. even my brother pon sampai siap cakap tak kenal aku. sebesar2 mata aku ni pon jadi sesepet2 time tu. and masa tu siap effect scalp jgk. kulit kepala sgt gatal and jadi berair.. macam kuar air bisa. muka pon sama. kuar air bisa. mmg sangat sakit masa tu. *nangis* 

Time tu jumpa doctor and doc cakap aku allergy to something that contributes to eczema. so find out what is the trigger factor, and avoid that.

so aku started to suspect aku ni sebenarnya allergy to aloe vera! tapi macam... aloe vera kot!! bukan ker aloe vera ni cam sejuk.. menyegarkan.. soothing.. dan yang baik2 lah. aku dah malas nak bereksperimen utk cari betol ke tak assumption aku ni... tapi aku mmg avoid aloe vera from that dot. 

nak jadikan cerita, COSMODERM Vit E cream aku dah abes.. so gi Guardians nak beli baru. pastu konon2 nak paraben-free, aku pon try cari cream lain... kenapa nak paraben-free?? hahaha.. itu lain kali cerita ape itu paraben. tapi just try and check beauty product yang ade kat pasaran, most of them ada paraben. including SK-II pon ada. 

ok, sambung cerita. cari punya cari, jumpa lah cream SYAHIRAH, paraben-free! time tu nak cepat, incik BF tengak tunggu nak makan plak. mengamuk pakcik tu karang. the next day pakai la cream tu.. and bawak gi opis nak pakai lepas semayang. then the next day, muka rasa itchy semula. aku dah.. eyh? bukan ke takde aloe  vera dalam cream tuh???? and terus cari balik kotak dia, luckily tak buang lagi. oh my Gucci! dia tak tulis aloe vera. dia tulis aloe xxxxxxxxxx leaf. (xxx tu tak ingt mende ape). choy aku tak pasan masa check ingredients tu! 

and sampai hari ni still kering and itchy muka. the thing is, aloe vera ni mcm absorb semua moist kat muka aku and jadi super duper kering! and bahagian tepi mulut became like this. 


sakit tau... nak cakap, makan pon susah. sbb it was soooooooo dry, sampai bila kita bercakap kerut2 tu jadi luka. bila basuh muka sakit la kan.. *nangis2*  so nak kene lembapkan tiap2 masa muka.. lagi2 dok dalam ekon kan, lagi la kering muka.

aku search pasal allergy to aloe vera. oh, mmg ada rupanya senasib dengan aku.

If you are allergic to aloe, you may develop skin-related symptoms following the application of aloe vera gel to the skin. MedlinePlus states that allergic individuals who use topical aloe vera treatment may develop red, irritated or inflamed skin at the site of use. If applied prior to sun exposure, allergic individuals may develop a rash in areas that are exposed to the sun. Burning or stinging may also occur in certain people who are allergic to aloe following topical application of aloe-containing products. Allergic individuals may develop skin conditions, such as hives or eczema, after using topical aloe.
(Read more: http://www.livestrong.com/article/72635-aloe-allergy-symptoms/#ixzz2ToWe1yXP
so mmg symptoms tu mmg ada la kan, obviously. tp i guess aloe vera allergy is a rare case. pergh. species rare rupanya aku ni. ganas gila nyah ni sorang.

Oleh itu sekarang aku jadi trauma bila dengar lidah buaya ni. kalau lelaki yang bersifat buaya darat punya lidah, yang itu lagi laaaa aku allergic. gatal satu badan aku kalau terkene spesis yang tu satu.

pengajaran pada kisah kali ini adalah, kalau dah rasa something unusual bila guna new product, and found out some unusual symptoms, stop using the product. unless you've been told that during recovering period, there will be some withdrawal symptoms. e.g:- topical steroid withdrawal. (apo dio pulok ni?? gugel sendirik)


mungkin juga boleh starts with patch test. in my case, it seems like hanya kat muka yang allergy. kalau apply kat skin area lain cam hokey jer... entoh la. guess my face skin dah much destroyed by all these chemicals.

okbai!

Thursday, 14 February 2013

#91 : Month of LOVE

Assalamualaikum!

It's February!!! yooohooo!! hehe.. apehal eksaited?? naahh. we are not celebrating valentine or chinese new year. We are just celebrating the holiday seasons!! yoohoo! haha.. tapi kene kerja on this saturday. or sunday, maybe. phew. rugi cuti gua 2 3 hari. tapi takpe lah. if it is cuti pon, i will just be at home. menggemukkan diri di rumah. hahahaha...

anyway, just bought glue gun!! weeehuu! mari menembak2!! hahaha.. i wanted to but a sewing machine actually... tapi takpe lah. lets don't get too excited about this. mari start slowly. mari mula dengan glue gun first!! lagi2 excited when I saw some of my girl friends dah start to jahit menjahit ni... lalu darah perwira dalam diri ni macam melonjak2 to do this crafty things jgk! ngehehehe... wish me luck!

Last week I  went for an interview. hahaha.. yezza. Me being curang to this company pergi cari kerja kat tempat lain. ngehehehehe... ape lah. dah elok2 dok tempat boleh goyang kaki main internet, then i'm looking for other job kan?? hahaha.. actually this is my problem now. I need to do something that I really satisfy. yang boleh kasi kepuasan... yessss... aku mau kepuasan.... *muka gatai* wakakaka.. tak pasal2.

During CNY ada pergi dinner with family kat City Times Hotel, a new hotel in Kuantan. not a 4 stars or 5 stars hotel... hotel kecik2 jer.. dulu this building was used as hostel during SUKMA kalau tak silap.. so sekarang diorang dah convert to hotel. They offer buffer style dinner and their main menu is BBQ STEAMBOAT. this is available EVERYDAY!!! just walk-in atau kalau nak secure your seat, just hello2 and make a booking. sonang je kan???

no pics nak show off pon... sebab I was too busy eating. hahaha.. the thing is, masa CNY tu ada special promotion. ade itik panggang and lamb steak. haduih daku yang mmg pencinta daging ni mmg menggelupar la makan malam tu. sket pon tak risau darah tinggi ker... kencing manis ke.. ekekeke.. perasan muda remaja kekdahnya. hahaha..

anyway, if you are interested, take a look at their official website, here ===> City Times Hotel 

for BBQ STEAMBOAT DINNER, hanya rm19.90++ per pax. lebih kurang rm23nett. berbaloi la for buffet kan. boleh sumbat sesuka hati....

so, review for their foods..... hurmm.. ok la dengan the ambient and price kan. perhaps, maybe diorang should add byk lagi choices of seafood etc... kalau nak compare dengan LILA WADI.. aku rasa LILA WADI still beat them kot. kalau dari segi ke"kawww"an tomyam, I will still vote for LILA WADI. cuma LILA WADI bukan buffet. tapi biasa makan for 2 person pon tak bape nak abes gak LILA WADI pon... price wise aku pon da lupa bape. hehehe.. rasanya for 2 person dalam rm20++ tak silap.

ok lah. tu je nak review for this time.

buhbye!!

p/s : went to bangkok for seminar last 2 weeks. will update later.

Friday, 11 January 2013

#90 Happy 11113 Flydayzz!!

Assalamualaikum!

Sat lagi nak kene gi port, melawat LUNA BLUE. sedap kan nama? macam luna maya gitu. haha.. kalau ade anak aku nak kasi nama luna la jgk camni. eyh.

Masa new year eve last time, I was out with a good friend of mine. Dia nak introduce business yang dia tengah buat... ok, senang cite, it is MLM business. bila dengar MLM mesti orang mcam : "omaigod.. omaigod.. MLM??? you say what?? MLM?? are you serious?? MLM???" ngehehehe.. aku rasa ramai mcam rasa paranoid dengan MLM kot. sebab most of stories about MLM are not the good one.

MLM (Multi-Level-Marketing) ni sebenarnya banyak je kat Malaysia.. Contohnya macam Avon, Cosway, etc etc pon considered as MLM... cuma mungkin dah lama established, and diorang takde kebaaboomm any big issues, so takde la orang pandang serong kan?

Masalahnya adalah bila orang yang terlebih bijak, menggunakan MLM untuk mengaut keuntungan peribadi. erkkk.. dah macam entry untuk kondem orang wat MLM je bunyinya.. ahahaha.. that was not my intention pon. my point is, system yang digunakan oleh MLM ni adalah system yang standard in any business pon aku rasa. even kalau kilang electronics ker, kilang papan ker, sama je kan? there must be a few levels of workers kan? mesti ade boss, then management level, pastu executive level, blablabla.. last skali, operators. and who will do the works?? boss? nope! operators la kan? executive level akan pikir, macamana nak bagi operators more productive. same goes the upper levels.

Ingat lagi my previous boss dulu.. dia pernah cakap camni ....
kerja dia kat kilang tu apa? apa tujuan dia datang Malaysia? dia datang Malaysia untuk buat produk kilang tu?? tak! dia datang Malaysia, untuk pastikan kilang tu boleh provide kerja untuk orang2 tempatan kat situ, untuk pastikan kilang boleh bayar gaji tiap2 bulan kat pekerja2.. untuk pastikan welfare pekerja terjamin. bukannya tiap2 bulan nak membebel apsal target tak achieve..

So senang cakap, any business mmg perlukan those hierarchy utk operate... MLM is not bad. its the people who makes it looks bad. aku tak berani nak komen sgt, aku pon baru nak blaja2.. pasal hukum hakam syariah semua tu kan. penting sangat2 tu.

ok ape mende yang aku nak cerita sangat sebenarnya ni? wakakaka.. aku da start rasa diri sendiri poyo hilang arah tujuan. haha.. ok! BIASANYA malaysian style, untuk recruit someone to join MLM, they will invite you to join them for lunch ker dinner ker... and this what actually happened to me. kawan aku ajak jumpa. dia cakap nak story pasal her business. aku ok je, kalau setakat nak story kan. lagipon lama tak jumpa kawan ni. apa salahnya.

kami pergi satu restoran ni, then she made a call. "eyh ko kat mana? laa bukan kat sini ke. ok2, aku gi sana" and I was like... hurmm.. there will be another guy joining us... hurmm.. ooookeyyy..... sampai tempat di tuju, i saw a looooong table occupied by this one group and I was like.... oh my... oh my... oh my.. this is not what I expected.

There were like 20s of them. kot. after makan2 my friend started to cerita sket2. pastu datang sorang lagi cerita2 and tanya2 aku. like, seriously, I was not expecting this. macam kene attack jugak la. hehe.. soalan macam "apa yang kau nak dalam hidup. bla bla bla... " and siap sorang ni dia pergi panggil yang lain. so mmg senang cakap, aku mmg kene brainwash malam tuh. dang! dang! ade la kot dalam 4 5 orang yang brainwash otak aku yang suci murni ni.

The thing is, bila kau join MLM, they will really train you to be  a "leader" . atau perkataan lain, train you jadi orang yang pandai bercakap. most of them will say this " dulu aku bukan macam ni. dulu aku tak reti bercakap pon dengan orang (dah tu kau cakap ngn dinding? kesian..) macam sekarang.. and after aku start mende ni, aku dah reti camna nak cakap ngn orang tanpa rasa segan, malu... ". yes, itu yang byk mereka cakap.

Mmg la aku pon impressed dengan cara & keyakinan diorang bercakap. sbb aku sendiri bukan jenis berani cakap sgt (eyh aku pon style cakap ngn dinding rupanya). and I really want to have that gut. tapi itulah.. sometimes bila kita da dapat satu2 kelebihan tu... kita ter-over excited ( I guess), sampai tak sedar apa kita cakap. kita rasa apa kita cakap semua betol. tapi sebab diorang excited sangat cerita kan, I was like.. lantak kau lah. aku taknak potong stim kau tengah high bercakap. haha.. and I really was holding back inside.

Ok, this is antara yang aku was like "WHAT??"

(1) This one girl. muda setahun dari aku. tapi dia ingat aku lagi muda dari dia. yawwww. me gusta!
Dia dok cerita pasal she and her husband are doing the business since before they get married. and the husband decided to quit his job couple of  weeks before they get married, just to involve seriously in the business. (They are doing part-time before that). and the girl asked this to me,
Girl : Kalau awak, awak sanggup ke kawen dengan orang takde kerja?? 
Me : uurrrrr.... Girl : ni dah la tinggal few weeks je lagi nak kawen ni. Me : errrr... tak kooott.... (sebenarnya just nak go with the flow. layankan)
 Girl : kan??? takkan nak kawen dengan orang takde kerja. nnti nak bagi kita makan apa? 
So kat sini dia cam nak cakap the business is promising something if you get serious. actually buat ape pon, kalau serious ok jer, kan. cuma yang dia cakap pasal nak kawen ke tak tu... I was like.. eerrrr, you love that man, agreed to marry him, pastu tiba2 dia dalam kesusahan (in this case tak susah sgt pon kot), you just wanna leave him?? mmg la dia tak tinggalkan mamat tu, tapi cara dia cakap tu.. like.. masa senang nak sama,  masa susah?? hye2 bye2??? huurmmm...

(2) I was talking to my friend, when the husband of the girl dalam cite kat atas ni datang and started to tegur2. haha. they have similar approach. diorang akan cerita sebelum start mende ni (they keep saying mende ni, mende ni... like MENDE APE??), what they were like. this gentleman, dia start cakap pasal boss.
Boy : kat sini mmg kita share semua ilmu. I pon byk blaja kat sini. kalau you kerja kilang ker gov ker, ade ker manager yang ajar kita jadi manager?? xde kan? 
Me : errrrr.... (seriously aku taktau nak jawab apa.. hahahaha.. because my bosses did teach me! indeed! ) 
Boy : takde kan?? macam my boss dulu, siapa yang dia promote?? budak bawah I. sebab apa? budak tu pandai goda dia. perempuan la.. goyang2 sket, dapat la promoted. 
Damn this guy merendah2kan perempuan. aaaargghhh ptuih I started muntah hijau dalam perut.
Me : *senyum* 
Boy : Sebab tu I decided to quit! *bangga* 
When I went home and try make some research pasal all this things, yang kelakarnya I found the same story. pasal "kau ingat boss nak ajar kau jadi boss?". Kelakarkan? bodow  kurang bijak. hahahahaha.. kalau manager tak ajar kau jadi manager, lepas dia dah takde sape nak ganti dia?? mampuih la company tuh?? lucky me la my bosses semua teach me something. memang la dia bkn ajar ko harini, esok ko dah jadi managing director kan? to be a manager (or what so ever), you need experience. bukan senang2 nak naik terus kan? that was what my bosses did. ajar, train, motivate. kalau dia manager yang bijak, dia akan fikir tu, for the sake of the company! nasib ko malang aa dapat boss camtu dulu. perhaps, you blame you ex-boss. mana tau, mmg dulu salah ko tak perform, and your junior did. stop blaming others la people! kan da dapat bodow dari aku, tahniah! tapi seriously aku pissed off gile ngn mamat ni. dah la masa tu dah passed midnight. penat pon yer aku, dah seharian kat luar. didn't expect to meet this bunch of people.

(3) this was from the same guy! (help me!!!!). Dia cam btol2 want to drag me into the business. *me nangis*. Then dia start cakap pasal making you OWN decision.
Boy : you kene decide mende ni sendiri. ini you own life. takkan la orang lain plak nak decide life you. takkan ni pon you nak tanya parents you. ni life you. 
Me : *silent* (maybe this gentleman here thinks my silence was sign of approval of what he said. oh pls! it was sign of aku tengah muntah hijau) 
Boy : contohnya kalau you nak kawen. takkan tu pon nak tanya kat parents? mak-mak.. saya nak kawen~ 
Me : (what the fu*k this man!!! menyampah tahap nak lari balik rumah. tapi nak jaga hati kawan aku kat sebelah tu.. dang!) 
Boy : You yang nak kawen, bukan family you kan? ahahaha~ takpon kalau nak gi tengok wayang. takkan tu pon you nak tanya parents you kan? ahahahahahaha
Me : ( started to look other way. Ya Allah siriyes aku takleh tengok muka dia dah time tu. rasa nak penampor jer) 
Boy : Oklah, you pon nampak da penat tu. muka pon da mengantuk. oklah... harap you boleh consider k!
Me : (yes!yes! yes! akhirnya) 
Ok yang ni mmg aku tak tahan. ya Allah, Engkau berilah ketenangan padaku.. aku mmg rasa meluap2 sangat time ni. Allah bagi ko kelebihan "berani" bercakap sikit, ini yang keluar dari mulut kau yer?? aku mmg tak sangka dia boleh cakap camtu. ooooo... dulu masa kecik2 ko baru keluar dari perut mak ko, berak pon mak ko yang basuh, ni dah tua ko boleh cakap tak perlu tanya parents untuk buat decision in life??? kawen tak payah cakap kat mak abah??? dia mmg totally tak sedar apa dia cakap apa dia cakap la aku rasa.

Satu lagi, diorang tend to say "nasib baik" they found the business.. hurmm... macam yang kasi kau rezeki ni "the business" bukan Allah.. cakap Alhamdulillah kan lagi bagus. *ustazah mode*. ehehehe.. tapi siriyes, aku pon jahil jgk, tapi cuba la kan. dapat rezeki walaupon sedikit. always says Alhamdulillah!

tak pasal2 aku emo balik ni. hehehe... that night aku balik rumah around kol 2. kalau mak aku tau ni mmg kene semelih wat bbq da aku. hehehehe... aku tak blame kawan aku, sbb this is how they work. cara diorang nak tarik orang join their business.

Bila cakap "their business", mesti cam. business apa?? kalau kita cakap business, mesti ada jual beli. itu yang kita terbayang terus kan? tapi dalam lebih kurang 4 jam aku kene brainwash tu, rasanya only 30 minutes jer they were explaining about the product. anyway, aku macam berminat dengan product tu. yg lain, diorg cuma brainwash aku suruh join this MLM. apa yg aku rasa, mcm x kena la kn.. mmg la once ko involved, automatic you will consume the product. dia punye konsep jual beli lebih pada jual beli ngn diri sendiri. then how to make money?? yes, find MORE people to be like you.

itu aje lah.

okbai.

Thursday, 10 January 2013

#89 Revolution in Shopping

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah we make it to 2013!! dalam these few weeks many occasions happened... enjoying my new year holidays kat kl.. pergi Twins of Faith 2012, jumpa friends... shopping... bla.. bla... bla.... ~  anyway, enjoy these vid first.


QThru : Mobile shopping application with self-checkout, couponing, product information, and store location."

So basically QThru ni adalah sistem di mana you just need to have your credit card ready, and you can go shopping, enjoy scanning those barcodes, and lastly, check-out. nampak senang dan menarik kan2? hehe... tapi baca kat komen dalam youtube tuh, what if, everyone is using this system? nanti nak bayar, still, kene q jugak. hehe.. make sense. by that time, sapa yang bayar cash is the "genius" one. btw, check kat website dia.. this system seems like dah implement kat somewhere in US(?) . Tapi yela, once people started to use and trust this kind of system, they should make improvement kan.. so maybe they have other method like auto check-out ke without lining.. entah. anything is possible.


HOINTER : similar system, select, scan, and buy.
First thing yang aku pikir masa tengok this vid, hurm, agak2 mirror tu 2 sided mirror tak??? ahahaha.. kan ade certain mirror, yang nampak macam cermin biasa, tapi sebenarnya the other side can see through the mirror like normal window kan? like, what if a girl want to try the pants?? check website dia, rupanya this shop is only for men... hokey. relief. ahahaha..
how does it works?
dapatkan seluar yang anda minat, pilih saiz, go to fitting room yang dia suruh masuk, check either you like it or not, if you like it, pay. if not, return it. easy! cuma wondering what kind of security system are they using.. macam, tak kene curi ker??? kan2? btw, cara dia organize kedai tu weird. hehe.. personally aku nampak macam serabut sangkut seluar macam tuh. tak ke?? haha.. maybe utk senang scan.. tak kasi orang take down those pants.

rasanya sebelum ni pon ada orang dok cerita pasal kat South Korea pon da ade diorg guna system shopping with your smartphones ni.. like this vid.


bijak kan?? huhu... you don't have to bring you cash. tak risau sangat orang nak pow ke ape kan.. hehe... just bawak ic, lesen mmandu, cc and most important, nyawa your smartphone. cuma bimbang, sometimes kalau tak guna cash ni, ade possibility ter-over spent. bila tak nampak cash tu flowing out, mmg la kita rasa kaya sokmo. hehe.. so kalau dah ada smartphone tu, pandai2 la download apps utk financial management hokey, contohnya CWMoney.  Here's the link. http://www.cwmoney.net/ don't worry, you can change the language setting after downloading. mmg sangat2 recommend. it really helps me to manage my money (yang tak berapa nak ada tu. haha). at least we always alert, how much we actually have. jangan hujung bulan je, makan habuk kayu.

So balik semula kepada cerita 2013. hehehe.. aku harap2 sangat 2013, there will be something really BIG will happen to me. bukan pasal personal life saja, tapi juga pasal career, financial, blablabla.. sekarang pon da slowly start balik job hunting. haha.. yes, job hunting!! rasa nak tukar kerja hokey! Nak kerja yang lebih memuaskan hati. sekarang kerja memuaskan perut jer. dang, my tummy looks like 5 months pregnant mommy!

kalau boleh aku nak kerja yang team tak bape ramai sgt org... or tak berapa ramai sgt perempuan.. choy, gatal giler kau nih, nak kerja ngn laki-laki jer???!!!! ahahaha... okla, ni bukan pasal gatal birah nak menggatal. hahaha.. cam kerja sekarang la, i'm the only lady (lady kau!) in my team. walaupon sometimes sedih sbb rasa tak guna, tapi aku suka sbb aku tak perlu bersosial sgt. ahaha.. gila anti-sosial rupanya.

takde la anti-sosial sgt pon.. i still have my girl friends... sbb apa yang aku perasan, kalau ramai perempuan in one team.. they tend to stick together all the time (bagus la kot).. gi makan.. gi semayang... mana2 la. and most of the time, the are gossiping. yer. GOSSIP! tak kesah la pasal orang dalam ofis ker, luas ofis ker.. tak puas masa makan, masa kat surau pon sambung lagi gosip. kat opis pon boleh sambung! huhu..

contohnya tadi. aku nak solat. as I am the client here, our office ni dekat special block for clients. they provide surau jgk. kecik je la kan. sbb for this small block. and kalau ikut common sense, it should be surau for clients kan? ok la, it sounds poyo la kau ni client! hehe.. takde la, itu yang kalau ikut logik. sebab they have their own big surau out there. which is sepatutnya for pekerja la kan?

but then ramai staffs of next block semayang kat sini. takde masalah pon sebenarnya. apehal kau nak halang orang semayang plak kan?? hehe.. the thing is, ade a few people yang tak paham bahasa sket. dah la tempat tu kecik, ni kau nak tidur la berborak la time orang nak guna tempat tu nak solat.

mcm tadi. aku masuk that praying room, ade 2 orang ni dok berborak. overheard their conversation, tengah cite pasal their department la. i knew one of the girl is new. aku nak lalu pon dia sket pon tak cuba untuk kasi laluan. dang. time tu aku da sakit hati. lepas aku siap solat, diorg tak siap lagi borak. the new girl is tepek2 bedak kat muka. aku nak pakai tudung tu, diorang pon br bgn, ingt nak kuar dah. lepas aku siap2 lilit2 tudung, naik opis, turun balik nak amik henpon tertinggal.. eyh, ada lagi tengah borak! dang! ahahaha.. yes, aku mengumpat diorang sekarang. ahahahaha..

ok. habes sesi mengumpat. dang! sbb tu aku tak suka dok dalam team ramai pompuan. kalau laki, diorang gosip gak. tapi tak layan kot gossip ngn pompuan. hehe.. so kalau aku sorang pompuan, kureng sket gossip. hidup pon tenteram.

lupa nak credit : http://www.ramble.sunmatrix.com/


okbai.

Wednesday, 12 December 2012

#88 : KELABU

Assalamualaikum.



Ce teke. Ce teke. kat mana ni? haha.. senang gile punya soklan. tengok logo tu da tau. yezzza... dalam uia kuantan. kuantan hokey, bukan gombak. ingat gombak je ke boleh ade uia. ngehehehe...

Last friday till sunday diorang ade wat open university. so sebagai orang yang mmg menyebok kat tempat2 yang biasanya takleh masuk ni... aku ape lagi. angkut abang kawasan terus gi uia. dekat je ngn rumah. masuk tak payah nak salam2 ngn pak guard. hari ni hari kami. hahaha.. wat muke kerek sket kat pak guard.

Tengok bunting dia ade siap tulis ada chocolate fair la..pc fair laa.. and cam best2 nyer event kan. actually it was rather a small event je.. ade cam khemah2 kat parking area and some in the main hall. ade la jual baju2... chocolate.. and yang best ade health screen. hehehe.. so bley aa student2 medic sini main belakon2 jumpa patient kan. haha.. aku tak buat pon. sbb takut medic student tu speechless tengok fat level aku. ngahahaha.. *nangis*

So dah kata tempat ilmiah mesti la ade jual buku2 kan. and ade satu stall yang menarik minat aku. indie novels. hoyeah. lalu melayanglah rm25 hengget aku untuk memuaskan nafsu serakah yang dah lama tak layan novel. *puas*

So, get this for myself.
TITLE : KELABU 
WRITER : NADIA KHAN 

Start baca dari semalam petang, lepas the whole kilang blackout. aku malas nak meroyan cari apsal blackout, so aku dok senyap2 dalam opis... lappy set sleep mode.. tingkap kasi bkk sket.. maka bermulalah sesi KELABU 

abes baca last night kol 2am. hoho. aku jenis sekali dah terjebak aku tak tenteram kalau tak abeskan. kalau bawak kereta pon kalau boleh nak letak buku depan mata. multitasking. reading while driving. 

Watak utama dalam cite ni namanya Amir. Kawan baik Amir ni nama Shah. satu lagi watak penting is Jun. awek yang bijak, cantik tapi putar belit sket. abes few pages aku baca... aku da start membayangkan... Amir ni muka macam incik bf aku.. (uhuk2. haruslah hensem doww).. Shah tu plak aku bayangkan ala2 Aaron Ajis. (humakaih. incik bf lagi hensem dari Aaron Ajis kau!).. and Jun plak.. cam ala2 chinese looking kan. so aku random pick la amoi mana2 pon takpa. hahaha.. 

Lalu aku pon bersungguh2 la baca ni dengan membayangkan wajah2 ni untuk memudahkan lagi pemahaman kan. ish, apsal aku time study sejarah time sekolah tu dlu tak apply camni. kalo tak mesti dapat award top scorer sejarah. dang. dah abes separuh aku baca buku ni... oh tidak!!!!!mengapa??mengapa camni??  bayangan aku meleset. terus hilang bayangan incik bf sebagai Amir! tapi Shah menten jadi Aaron Ajis la. hohohoho. nak tau kenapa bayangan aku semua tu abes spoiled??? haaa.. apa lagi. pi kedai cari aa buku nih! オススメです! hamik kau. jadi jepon terus aku.

Tapi masalahnye sampai skrg aku macam dihantui cerita tu. lebih kurang kalau ko gi overseas tu balik2 jetlag kan. haaaa.. ni perasaan mcm jetlag la. cam eyh2. aku ni kat dunia yang mana satu eyh? 

dah janji kat incik bf nak pass buku ni kat dia later. nak cakap please imagine Amir looks like u. *wink wink*

nah, other reviews : http://www.goodreads.com/book/show/13107719-kelabu

okbai. 

#87: Wordless Wed : Best Disney Love

Assalamualaikum. 

Cerita yang tak pernah tak buat aku mata aku berkaca.. *jiwang mode activated* 
Tengok gambar pon aku dah genggam tisu ni. sroot sroot. 

Eyh. it supposed to be wordless. haha.