Pagi tadi bangun lambat. sebab ape??
Sebab semalam tido lambat. sebab ape??
Sebab semalam kuar jumpe member pastu pergi minum air kopi plak. sebab ape??
Sebab sukati aku la nak minum ape. aku bayar pakai duit aku sendiri kot. lantak aku lerrrr doww~
hehe.. iyer. itu semua adalah alasan semata2. kalau aku betol2 nak gi kerja awal sket boleh je bangun awal kan2? haha~ dasar pemalas-di-hari-kerja-tapi-rajin-di-hari-minggu betol lah!
otw gi kerja tadi dengar la radio... biasanya dengar fly.fm. tapi taktau kenapa pagi ni semangat kemelayuan aku membuak2. lalu aku dengar la radio melayu.. radio yang hanya keudara di pantai timur. ce teke radio ape? hehe~
biasa la kan, pagi2 ni mesti ade borak2 on certain issue. and this morning deejay tu bawak issue "kenapa berhenti kerja?". pastu berdoyon2 la orang kol.. (kot).
1st caller : saya berhenti kerja sbb suami sy jeles dgn boss sy.
deejay : yer? macamane boleh jeles plak?
1st caller : (lalu menceritakan dengan detail ape yang berlaku sehingga laki dia jeles. dan juga detail macamane laki dia mengamuk etc etc etc)
deejay : (layan.....) dia jeles sbb dia sayang awak sangat tuh...
1st caller : sayang kerr??!!
wat the toooottt wehhh pompuan nihhh!!!! tak silap deejay tu ade sebut nama pompuan tu awal2 conversation tuh.. hoi giler kot. ko cerita masalah rumah tangga ko kat radio kot. walaupon tak satu mesia dengar, tak pasal2 aku dah tau hal laki bini ko kottt!!!! sila lah malu wehhh!!! cuba kalau kawan2 laki ko dengar. tak payah kawan2 la. laki ko sendiri dengar. kalau aku jadi laki dia, ish tak terbayang ape aku nak buat. fufufu.. tapi kot yer pon, simpan la weh cerita2 rumahtangga tuh. dah laki ko suruh berenti tu maknanya dia mampu la tu tanggung ko. aduhainyerrr!! bukan laki ko je dapat aib, dengan ko dan family ko sendiri akan dapat aib.
kalau kat jepon kan, (iyer, start dah cerita jepon) kalau cerita2 peribadi macam ni, diorg akan convert suara org bercakap tu bunyi cam katun. mmg la nak gelak sbb suara jadi kelakar. tapi cerita yang nak diceritakan tu tak kelakar kot. cerita memalukan kot. sbb tu buat suara katun. supaya orang tak cam. ni kat mesia, kalau kat tv tu, mmg la kau tak amik gambar orang tu depan2.. tapi kang sat2 amik gambar tang mata... pastu tang mulut. kurang bijak btol. macam la orang takleh cam. kalau orang2 rapat ngn dia kompem boleh cam kan??
lain la ko nak cerita pasal cerita membanggakan... yang tu mmg kalau boleh nak soh focus kat lubang idung terus.
2nd caller : saya berenti kerja sbb ikut suami kerja di kuala lumpur..kikiki~ (eyh, radio ni sampai eyh KL?)
deejay : oooo.. kenapa tak stay je?
2nd caller : takkan sorang dok sana sorang dok sini... kikiki~
deejay : bla.. bla..bla...
akak ni comey. hahaha~ abes satu ayat dia gelak. kikiki. mesti dia ni seorang yang ceria. dan juga isteri yang baik. kan2?
3rd caller : saya berenti kerja sbb jaga hati isteri saya
deejay : kenapa plak??
3rd caller : sbb kerja lama sy, tiap2 kali balik kerja mesti ade perempuan kol saya.
deejay : awak ni hensem sgt kot....
3rd caller : boleh la tahan...
hahahahaha.. choy! yakin hensem mamat nih. tapi bagus la dia sanggup sacrifice utk wife dia. hehe.. bagus2...
pastu dah sampai opis..kesimpulan yg boleh dibuat di sini, pasni aku nak dengar fly.fm jer. at least boleh dengar Krappi Call. lagi lucu. dengar masalah rumahtangga orang tak lucu langsung. kata aku sambil tersenyum sinis.=P
oh ya. semoga aku dan family dan sahabat2 terhindar dari perkara2 tak patut dicontohi seperti di atas. terhindar dari fitnah2, caci cela. amin2.
okbai!
No comments:
Post a Comment